Penulis: Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penerbit: Al Hidayah Publisher, Malaysia
Cetakan: Kedua, 2000
Bab 1:
Perhatian Al-Quran dan As-Sunnah terhadap masa
Masa merupakan nikmat Allah S.W.T yang sangat
besar kepada manusia. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran:
- Surah Ibrahim: Ayat 33-34
- Al-Furqan: Ayat 62
Allah S.W.T
membezakan siang dan malam supaya manusia dapat membahagikan masa yang luas
itu untuk hamba-Nya beramal.
- Al-Lail: Ayat 1-2
- Al-Fajr: Ayat 1-2
- Ad-Dhuha: Ayat 1-2
- al-Asr: Ayat 1-2
Tanggungjawab
manusia dengan masa: (Ar-Rum: Ayat 54)
“Dua kaki
hamba tetap (tidak akan bergerak) di masyhar sehingakan disoal tentang empat
perkara; usianya dihabiskan; usia muda yang digunakan; harta bendanya; dari
mana kemana dibelanjakan dan ilmunya dengan apa dilakukan”
(HR
al_Bazar, Thabarani)
Setiap tahun terdapat suatu bulan yang dinamakan
Ramadhan (ibadat rohani) kemudian disusuli dengan ibadat haji (Ibadat Rohani
dan Jasmani) (Surah al-Baqarah: Ayat 197)
“Solat lima waktu ialah neraca
harian
Hari juma’at ialah neraca
mingguan
Ibadat puasa ialah neraca
tahunan
Ibadat haji ialah neraca
seumur hidup”
Bab 2: Masa dan sifat-sifatnya
1.
Pantas Peredarannya (Al-Nazi’at: Ayat
46 dan Yunus; Ayat 45)
2.
Masa yang berlalu tak akan kembali
semula
3.
Sangat bernilai, tidak boeh
dimiliki oleh manusia
Al-Quran
menceritakan keadaan penyesalan manusia terhadap masa
a)
Keadaan pertama: Saat penantian
(surah Munafiqun: Ayat 9-10,11)
b)
Keadaan kedua: di akhirat (Fatir: Ayat
36-37)
“Allah
S.W.T memberi peluang kepada hambanya sehingga menjangkau 60an” (H.R Bukhari)
Bab 3:
Kewajipan seorang muslim terhadap masa
1.
Memastikan masa diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah
Para tabi’in
menyatakan:
“Setiap hari
yang berlalu, apabila aku tidak dapat menambahkan amalanku kearah ketaatan
kepada Allah S.W.T, maka hari itu adalah hari yang tidak berkat bagiku”
a) Membuang masa
Apabila kita menghitung, sesunguhnya seseorang
yang membuang masa itu, adalah lebih rugi daripada seorang yang bodoh dalam
membelanjakan hartanya. Ini adalah kerana harta boleh di cari ganti; adapun
masa tidak dapat di cari ganti. Seseorang itu tidak akan dapat menjaga masanya,
selagi mana ia tidak menyedari; bahaya dan kesan daripada sikap membuang masa.
Ibnu ‘Ata’ menyatakan di dalam kitabnya
al_Hikam:
“Kerugian
yang sebenat ialah: apabila kamu meluangkan masa lapang kamu, tanpa melakukan
sebbarang pekerjaan.”
b) Mengisi
masa lapang
Sabda Rasulullah SAW
“Dua
nikmat daripada nikmat Allah S.W.T yang kebanyakan manusia tertipu padanya
ialah; sihat dan masa lapang”(HR Bukhari)
Masa lapang bermaksud tidak terikat dengan
urusan keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu daripada urusan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW
“ Ambillah peluang lima perkara sebelum kamu dihilanglan (didatangi)
oleh lima perkara. Peluang masa mudamu sebelum daripada tuamu; peluang masa
sihatmu sebelum daripada sakitmu; peluang masa kayamu sebelum fakirmu; peluang
masa lapangmu sebelum daripada kesibukanmu dan peluang masa hidupmu sebelum
daripada matimu” (HR Bukhari)
2.
Segera melakukan amal kebajikan
Al-Quran telah menjelaskan supaya manusia
mendahulukan amalan-amalan kebajikan sebelum didatangi kesibukan (Surah
Al-Baqarah: Ayat 148 dan al-Maidah: Ayat 148)
Dan juga Allah S.W.T menjelaskan tentang nikmat
syurga sebagai galakan kepada hambaNya (Surah Ali-‘Imran: Ayat 133; Surah
al-Hadid: Ayat 21)
Allah juga memerintahkan hambanya berlumba-lumba
kearah memohon keampunan (Surah al-Mutaffifin: Ayat 26) dan sifat-sifat para
rasul yang terpilih (Surah al-Anbiya’:90) dan ahli Kitab ( Surah ali-‘Imran : Ayat
114) dan sifat orang munafik ( Surah
al-Nisa: Ayat 142; at-Taubah: Ayat 54)
3.
Mengambil pengajaran daripada masa yang telah berlalu (Surah ali-Imran: Ayat 190; an-Nur: Ayat 44)
4.
Penyusunan masa
Rasulullah bersabda:
“Sepatutnya
ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa,
memohon kepda Allah, waktu ia menghitung
diri sendiri, waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu
untuk ia menikmati hajatnya daripada makan dan minum.”(HR
Ibnu Hibban)
“Rehatkanlah
hati kamu suatu waktu selepas suatu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta,
apabila membenci sesuatu” Saidina Ali bin Abi Thalib
“Lakukanlah
daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu
sehingga kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepdaAllah itu ialah
berterusan walaupun sedikit”(HR Bukhari dan Muslim)
Kewajipan solat (Surah an-Nisa: Ayat 103); kewajipan
puasa (al-Baqarah: Ayat 185); kewajipan haji (al-Baqarah: Ayat 197) dan
mengeluarkan zakat (al-An’am: Ayat 141)
Allah S.W.T berfirman dalam al-Quran tentang
ketaqwaan hamba-hambanya dalam surah Yunus: Ayat 58; nikmat Surah Saba: Ayat 15;
kemaksiatan Surah az-Zumar: Ayat 53; menghadapi cubaan Surah al-Baqarah: Ayat 155-156
5.
Memastikan masa yang terbaik
Allah memilih masa yang paling terbaik daripada
sepanjang masa (Surah al-Qasas: Ayat 68)
dan waktu terbaik menunaikan ibadat ialah satu pertiga malam (Surah Adz-Dzariyat:
Ayat 15-58)
“Ya Allah!
Jadikan sebaik-baik umurku, di akhirnya ; sebaik-baik amalanku pada penutupnya,
dan sebaik-baik hariku,adalah hariku bertemu dengan-MU”
Bulan yang dimuliakan ialah Ramadhan kerana
terdapatnya malam Lailatu Qadar (al-Qard: Ayat 1-5; dan Allah juga memuliakan
bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam (Surah at-Taubah: Ayat 36)
6.
Cara Hidup Muslim
“Berkatkanlah umatku pada awalnya (waktu pagi)”
“Apabila kamu tidur syaitan menjerut ke leher kamu dengan tiga ikatan;
seraya berkata; kamu mempunyai malam yang panjang tidurlah. Apabila seseorang
itu terjaga daripada tidurnya; dan terus berzikir kepaha Allah, maka terungkai
satu ikatan, dan apabila berwudhuk terungkai ikatan kedua dan seturusnya
menunaikan solat terungkai ikatan ketiga. Maka jadilah ia dalam keadaan ceria
jiwanya; akan tetapi jika sebaliknya, jadilah ia didalam keadaan hina lagi
bosan jiwanya” (HR Bukhari)
Membaca Al-Quran dengan penuh
khusyuk (Sad: Ayat 29); manusia diciptakan untuk memakmurkan bumi (surah Hud: Ayat
61)
“Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila sesseorang itu melakukan
pekerjaan, ia melakukannya dengan sebaik mungkin (bersunguh-sungguh)” (HR Baihaqi)
Allah mengharamkan seseorang menghina makanan
dan juga terlampau bakhil sehingga menyiksa diri sendiri (surah al Araf: Ayat 31-32).
Di negara cuaca panas kebanyakkan berhajat
kepada “qailulah” iatu tidur sebentar
di waktu tengah hari supaya mampu bangun di waktu malam dan bangun awal pagi (Surah
an-Nur: Ayat 58)
Sifat-sifat orang beriman (Surah an-Nur: Ayat 37)
sebelum tidur seseorang digalakan menambah ilmu pengetahuan (Surah Taha: Ayat 114)
dan tidak digalakkan tidur lewat malam dibimbangi mengabaikan tanggungjawannya
(Surah ar-Rahman: Ayat 8-9) dan umat islam tidak melupakan kewajipan atau
tanggungjawabnya yang sepuluh (an-Nisa: Ayat 36) dan kewajipan utama ialah kepada Allah (Surah
al-Nahl: Ayat 53; al-Mu’minum: Ayat 2 dan 9; al-Ma’un: Ayat 4-5). Hak kedua kepada
ibu bapa bersama dengan ketauhidan dan ikhlas beribadah kepada Allah (Surah
al-Ahqaf: Ayat 15) dan penutup segala
kewajipan ialah kepada hamba (Surah An-Nisa: Ayat 36)
Seterusnysa sebelum seorang muslim hendak tidur,
disunatkan bagi seorang muslim mengambil wudhuk dan solat dua rakaat. Ketika ia
membaringkn rusuk kananya kebawah dan membaca doa yang dibacakan oleh
Rasulullah SAW.
Bab 4: Manusia di Antara
Semalam, Hari ini dan Esok
Masa yang dilalui manusia terbahagi kepada tiga bahagian:
- Masa yang lepas (semalam)
- Masa sekarang (hari ini)
- Masa akan datang (esok)
Manusia yang hanya melihat masa lepas:
- Mereka yang hanya berbangga dengan sejarah keturunan mereka dahulu
- Mengagungkan-agungkan sejarah peningalan keturunan yang dulu (Surah al-Azhab: Ayat 36)
- Mereka yang mengikutu cara hidup generasi terdahulu (Surah al-Baqarah: Ayat 170; Surah Al-Araf: Ayat 10; Surah Hud: Ayat 62; Surah al-Aanbiya’:5 Ayat 2-53; Surah Hud: Ayat 87: Surah az-Zukhruf : Ayat 23-24 , Surah al-Baqarah: Ayat 170, Surah al-Maidah: Ayat 104)
- Menyesali terhadap masa yang lalu (Surah al-Imran: Ayat 156)
Manusia yang mementingkan masa hadapan sahaja. (Surah al-Hajj: Ayat 46)
a) Pandangan negatif terhadap
masa hadapan: pandangan putus asa
Islam dan realiti sejarah mengajar kita bahawasanya “putus asa” tidak
ada dalam kamus kehidupan muslim. Sesungguhnya setiap kehidupan akan disusuli
dengan kesenangan, malam akan bertukar menjadi siang. (Surah Yusuf: Ayat 87 dan
Surah al-An’am : Ayat 158)
“Berapa banyak kesempitan yang
dihadapi oleh seseorang tidak dapat dihadapinya, sedangkan kelepasannya berada
disisi Allah SWT”
“Tatkala kesempitan itu
berlaku, dan sampai ke peringkat kemuncaknya, ianya dilepaskan dari seseorang,
yang mana aku sendiri tidak menjangkakan ianya akan mendapat kelepasan”
Mereka yang putus asa terhadap masa hadapan menyatakan manusia hari ini
berada di akhir zaman. Hampir ataupun masih jauh akan kiamat adalah perkara
yanng tidak dapat difikirkan. Al-Quran menyatakan dalam Surah al-Azhab:63, Surah
asy-syura: Ayat 17 dan Surah al-A’raf: Ayat 187.
Rasulullah SAW bersabda
“Ketika aku diutuskan, hampir
akan berlakunya kiamat diantara dua jari...Lalu Rasulullah menunjukkan di
antara jari telunjuk dan jari tengah” (HR Bukhari dan
Muslim)
Umat Islam adalah dinasihatkan supaya berusaha dan berjihad selagi mana
kelopak mata bergerak sehinga pintu taubat tertutup dan matahari terbit
daripada sebelah barat (Kiamat) (Surah al-A’am: Ayat 158)
b) Menghadapi masa hadapan
hanya dengan angan-angan dan mimpi sahaja
“Sesunguhnya angan-angan dan
mimpi itu adalah menyesatkan”
Al-Quran menjelaskan angan-angan kaum Yahudi dan Nasrani (Surah
al_baqarah: Ayat 111-112); angan-angan kaum muslimin (an-Nisa: Ayat 123-124); Keampunan Allah S.W.T hanya dikurniakan kepada
mereka yang melakukan kebaikan sahaja (Surah al-Araf: Ayat 56 dan 156); sifat-sifat
orang yang mengharapkan rahmat Allah S.W.T (Surah al-Baqarah: Ayat 218 dan Surah
Fussilat: Ayat 23)
c) Manusia yang lalai dengan
masa sekarang
Terdapat golongan yang tidak memikirkan masa yang telah berlalu ataupun
masa akan datang. Mereka ialah generasi yang hidup pada hari ini...
Masa sekarang ialah masa atau
detik yang dilalui seseorang.
BAB 5: Pandangan yang betul
terhadap masa
Pentingya melihat masa lepas (Surah al-Imran: Ayat 136, 140 dan 146; Surah
al-Hajj: Ayat 46)
Melihat masa hadapan (Surah Luqman:
Ayat 34; Surah al-Hasyar; Ayat 18)
Mengutamakan masa sekarang (Surah al-Hasyr: Ayat 18)
“Hiduplah kamu selagi mana
kamu mahu hidup, sesungguhnya kamu akan mati; cintailah kamu kepada sesiapa
yang kamu hendak cintai, sesungguhnya kamu akan berpisah dengan nya, beramallah
kamu sesungguhnya kamu bertanggungjawan terhadap segala amalan kamu itu” (HR Tabatan)
BAB 6: Menjauhi perkara-perkara
yang boleh membawa kepada membuang masa
Al-Quran memberikan peringatan tentang akibat penyakit lalai ini
sehingga boleh menyesatkan manusia sampai ketahap haiwan. (Surah al-Araf: Ayat 197)
dan menerangkan bagaimana manusia hanya mementingkan kehidupan dunia sahaja
tanpa melihat hakikat kehidupan sebenar (Surah al-Araf: Ayat 205; Surah ar-Rum:
Ayat 6-7; Surah al-Kahfi: Ayat 28)
“Ya Allah! Janganlah Engkau
biarkan kami didalam sengsara dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan
kami tertipu dan janganlah Engkau jadikan kami di dalam golongan orang-orang
yang lalai.”
Doa Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Keburukan
menangguh-menangguhkan masa
Setiap masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Seseorang muslim
itu hendaklah berusaha hari ini, demi hari esok sebelum tiba suatu hari yang
tidak berguna penyesalan.
Kesan dan kemuradatan menangguhkan masa antaranya :
- Sesungguhnya kamu tidak dapat menjamin kehidupan hari esok-Kematian??????
- Sekiranya kamu dapat menjamin kehidupan hingga ke hari esok, akan tetapi kamu tidak dapat mengelak diri daipada kesulitan dan kesakitan yang bakal menimpa keatas drimimu.
- Sesungguhnya pada setiap hati dan masa itu mempunyai kewajipan yang perlu dilaksanakan. Tidak ada masa yang tidak mempunyai kewajipan dan pekerjaan.
- Sesungguhnya sikap suka menangguhkan kewajipan akan membawa seseorang menjadi kebiasaannya.
Membenci masa
Di antara sikap negatif, yang sepatutnya tidak berlaku ke atas seseorng
muslim ialah mempersalahkan masa. Sesungguhnya masa tidak terlepas daripada
suatu medan dan bekas yang didalamnya ialah perintah dan cubaan daripada Allah
SWT.
“Jangan kamu membenci masa,
sesungguhnya Allah itulah masa” (HR Muslim)
Ketika mana muslim mengalami kekalahan dalam perang Uhud, Allah
berfirman dalam (Surah al-Imran Ayat 165) Al-Quran juga telah menerangkan
kaedah-kaedah umum seperti dalam (Surah al-Anfal: Ayat 53)
Setiap muslim harus melihat dan merenung diri sendiri; memperbetulkan
segala kesilapan dan keburukan daripada
mempersalahkan masa.
Setiap muslim haruslah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT
seperti Nabi Adam dan Hawa ketika dikeluarkan oleh Allah S.W.T dalam syurga,
terus memohon keampunan daripada Allah S.W.T
(Surah al-Araf: Ayat 23); doa
Nabi Musa kepada Allah dalam (Surah Al-Araf: Ayat 15); doa orang berperang
tatkala melihat rakan mereka gugur syahid (Surah al-Imran: Ayat 146-148)
No comments:
Post a Comment