Setiap masa pasti ada saja manusia yang menghabiskan masa dengan sia-sia atau membazir. Perkara nie berlaku kepada semua manusia. Ada manusia yang tidak pandai mengatur masa yang ada dengan benda atau kerja yang berfaedah. Ada jugak manusia yang pandai mengatur masa, tetapi dalam masa yang sama mereka tetap membazirkan masa. Korang semua mesti ada mengalami masalah sebegini.
So, kali nie Pengembara Ilmu nak kongsikan ‘ilmu’ dengan korang semua tentang 5 cara + tips + langkah yang sesuai untuk korang amalkan supaya masa yang ada dapat digunakan dengan BERFAEDAH..
JIKA TIDAK BERBALOI, JANGAN LAKUKAN.
Petua nie digunakan jika korang tak yakin dengan hasil kerja yang korang akan perolehi. Korang jugak merasakan hasil yang diperolehi tidak seberapa dengan kerja yang telah korang lakukan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya lah kan, kalaulah korang nie terima tempahan untuk menyediakan sebuah reka bentuk taman tema,tapi korang tahu syarikat yang membuat tempahan tersebut mempunyai rekod yang tidak baik dalam soal pembayaran. Korang jugak dapat mengagak yang korang tak kan dapat bayaran yang setimpal dengan kerja yang korang akan buat. Jadi, korang JANGAN LAKUKAN kerja tersebut kerana ianyaTIDAK BERBALAOI dengan kerja yang akan korang buat. Jadi, tak da lah korang membazirkan masa dengan membuat sesuatu yang tak mendatangkan hasil pada korang.
JANGAN MENGALAH TERLALU AWAL
Ini satu lagi tips untuk korang supaya tak bazirkan masa. Kalau korang dah lakukan satu-satu kerja dengan bersungguh-sungguh, dengan komitmen yang tinggi, korang JANGAN MENGALAH dahulu kalau terdapat masalah dalam kerja tersebut. Cuba untuk selesaikan masalah yang ada dan berusaha dengan berlipat kali ganda lagi. Bayangkan, kalaulah korang berputus asa ditengah jalan, kan ke rugi masa yang telah korang habiskan untuk buat kerja tersebut. Penghujungnya, masa terbuang, hasil pun tak da…rugi-rugi-rugi…
TAHU BILA BERHENTI
Tips ketiga nie adalah gabungan tips pertama dan kedua. Bila korang dah pastikan kerja tue memang berbaloi, korang laksanakan kerja tersebut. Korang berikan sepenuh perhatian pada kerja tersebut dan berusaha sehabis yang boleh. Walaupun ada rintangan, korang tak mengalah terlalu awal. Tetapi sebelum tue korang kena pertimbangkan masalah-masalah lain yang mungkin akan timbul kalau kotang teruskan kerja tersebut. Misalnya, korang kena fikirkan sumber korang cukup atau tak. Sumber kewangan, sumber manusia, sumber tenaga, sumber kekuatan dalaman dan sebagainya. Masalah nie korang kena pertimbangkan sebelum korang buat keputusan sama ada korang nak berhenti atau tidak dari buat kerja tersebut.
ALAH MEMBELI, MENANG MEMAKAI
Pepatah nie kita selalu dengan kalau orang nak pergi membeli belah. Tapi kali nie pepatah nie digunakan sebagai tips untuk korang jimatkan masa. Sesetengah orang sangguplah menjimatkan wang daripada menjimatkan masa. Korang paham tak??ok, contohnyalah, ada orang sanggup beratur panjang naik bas untuk sampai ke pejabat. Ada jugak yang sanggup berjalan semta-mata nak jimatkan wang, sedangkan mereka nie mampu nak membeli sebuah motosikal. Kalaulah pergi kerja dengan motosikal, bukan ke masa yang ada dapat dijimatkan. Tak da lah korang buang masa dengan tunggu bas..
BUATLAH KEPUTUSAN DENGAN CEKAP DAN TEPAT
Tips yang terakhir nie adalah mengnai cara korang membuat keputusan. Korang mesti cekap + tepat dalam mebuat keputusan harian dan rutin korang supaya masa yang ada tidak dibazirkan atau di sia-siakan begitu saja. Dan dalam masa yang sama korang dapat menyempurnakan tugas korang dengan sempurna dan cemerlang. Jangan pulak kerja yang korang buat tue ‘hendak tak hendak’ je, semata-mata korang nak jimatkan masa. Tue dah salah dah. Selain tue korang cuba perhatikan bagaimana orang yang Berjaya membuat keputusan. Dari situ korang boleh ikut cara mereka…
Tips nie sebenarnya Pengembara Ilmu perolehi daripada En. Ahmad Fadzli Yusof. Moga-moga dengan perkongsian ‘ilmu’ nie, kita dapat menggunakan masa dengan sebaiknya. Bukan kah dalam AL-QURAN itu sendiri mengajar kita supaya tidak membazirkan masa. Jadi, mari kita amalkan bersama-sama!!!
No comments:
Post a Comment