Pengurusan masa yang baik adalah merupakan kunci kejayaan seseorang. Ini kerana orang yang berjayamenguruskan masa pasti akan memperoleh kehidupan yang seimbang. Mereka berjaya untuk memperuntukkan masa terhadap diri sendiri dan juga untuk orang lain. Tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan pengurusan masa yang baik?
Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan- Dalam kehidupan seharian, pasti anda akan sibuk dengan tugasan kerja yang mungkin tidak akan habis. Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja itu secara sekaligus. Rancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan. Sekiranya anda mampu untuk melakukanpengurusan masa yang baik, pasti anda berkesempatan untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan.
Senaraikan keutamaan anda- Untuk seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja harian, anda perlu sentiasa menyenaraikan keutamaan yang anda ingin lakukan pada hari-hari tertentu. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan masa anda. Pasti anda tidak akan mampu untuk melakukan perkara yang diinginkan untuk setiap hari. Tetapi anda boleh menyenaraikan keutamaan yang perlu diberikan mengikut hari-hari yang bersesuaian. Sebagai contoh, mungkin hari sabtu keutamaan diberikan terhadapkeluarga. Sekiranya ada tugasan yang perlu disiapkan, anda tidak perlu runsing untuk memikirkannya kerana anda sudah tahu hari itu keutamaan telah diberikan terhadap keluarga. Peruntukkan untuk menyiapkan tugasan pada hari yang kerja menjadi keutamaan pula.
Hargai masa- Pasti tidak akan wujud masalah pengurusan masa sekiranya anda sendiri tahu bagaimana untuk menghargai masa. Hargailah setiap masa yang anda lalui. Jangan sesekali mempersiakan masa anda. Ini adalah merupakan kunci utama untuk anda mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.
No comments:
Post a Comment