Bagaimana mengurus masa dengan baik?
Nabi Muhammad s.a.w dalam perjalanan pulang setelah termeterainya Pejanjian Hudaibiyah pada tahun ke 6 Hijrah, telah menerima wahyu iaitu ayat al-Quran dari Surah al-Fath. Wahyu itu diterima ketika baginda dan para sahabat tiba di Dhahnan, 36 kilometer dari Madinah.S
Sebaik sahaja menerima wahyu tersebut, baginda tanpa melengahkan masa mengarahkan supaya ayat-ayat tersebut dihafal oleh para sahabat, tanpa menunggu untuk terlebih dahulu tiba ke Madinah.
Jadi, berdasarkan apa yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w, bagaimana mengurus masa dengan baik?
Caranya adalah dengan tidak bertangguh-tangguh dalam melakukan sesuatu.
No comments:
Post a Comment