Friday, 15 July 2011

Bagaimana mengurus masa dengan baik?

Bagaimana mengurus masa dengan baik?

Nabi Muhammad s.a.w dalam perjalanan pulang setelah termeterainya Pejanjian Hudaibiyah pada tahun ke 6 Hijrah, telah menerima wahyu iaitu ayat al-Quran dari Surah al-Fath. Wahyu itu diterima ketika baginda dan para sahabat tiba di Dhahnan, 36 kilometer dari Madinah.S

Sebaik sahaja menerima wahyu tersebut, baginda tanpa melengahkan masa mengarahkan supaya ayat-ayat tersebut dihafal oleh para sahabat, tanpa menunggu untuk terlebih dahulu tiba ke Madinah.

Jadi, berdasarkan apa yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w, bagaimana mengurus masa dengan baik?

Caranya adalah dengan tidak bertangguh-tangguh dalam melakukan sesuatu.

Saturday, 14 May 2011

Urus masa anda

Bagaimana anda boleh membantu menganalisa cara anda menggunakan masa. Banyak kursus-kursus pengurusan masa menceritakan tentang keupayaan mengubah masa dan realiti.
Cuba anda duduk sekejap dan tariklah nafas sepuas-puasnya dan fikirkan atau pantau penggunaan masa anda samada hal peribadi dan kerja selama seminggu. Anda mungkin terkejut dengan masa yang anda gunakan untuk membuat tugasan dan aktiviti anda.
Kemudian kaji apa yang telah anda lakukan dan catitkan mengenai tugasan dan aktiviti anda. kenalpasti aktiviti yang tidak perlu dan buangkan.
Cari atau cipta masa yang dapat anda jimatkan untuk tugasan atau aktiviti yang berfaedah. apakah keperluan persediaan sebagai pekerja IT misalnya daripada segi pengetahuan tentang ilmu baca dan cari maklumat yang boleh membantu anda meningkatkan aktiviti dan produktiviti. Adakala aktiviti dan tugasan tertangguh di sebabkan oleh perkara yang kurang penting atau adakala tidak berfaedah langsung.
Apabila anda mula memantau tugasa anda, dalam hal ini anda perlu bersikap jujur kepada diri anda. anda akan mula nampak pola dalam aktiviti, tugasan, gangguan dan peristiwa yang tidak di rancang. bila anda pola ini gunakan strategi untuk mengendalikannya dengan berkesan.

Wednesday, 27 April 2011

Cara menjimatkan masa kita

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!
Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:
  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.
Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! :

Monday, 25 April 2011

Tuntutan Masa Dalam Islam

Ungkapan `masa Melayu' telah menjadi bahan sindiran apabila berlaku kelewatan dalam sesuatu majlis, mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya dalam masyarakat kita. Masyarakat Melayu Islam seolah-olah dikatakan mempunyai tabiat suka membuang dan membazirkan masa.


Ini mungkin ada kebenarannya bila dilihat kepada gelagat segelintir anak-anak muda umpamanya yang begitu berdisiplin semasa di sekolah, tetapi bila di luar sekolah mereka menghabiskan masa yang banyak di hadapan kaca televisyen dan merayau-rayau tanpa arah dan tujuan. Golongan remaja kini terkenal dengan `budaya lepak' di pusat-pusat membeli belah dan budaya suka berhibur dengan hiburan murahan. Segelintir golongan tua pula masih mengekalkan tabiat lama berbual-bual kosong dan bermain catur di kedai-kedai kopi dan berbagai-bagai lagi.


Kepincangan yang semakin ketara ini patutlah diberi perhatian serius oleh semua pihak terutamanya dalam usaha kerajaan meningkatkan imej negara dan menanamkan nilai-nilai positif kepada masyarakat. Justeru itu, masa perlu dimanfaatkan kerana ia merupakan asas dalam segala pergerakan hidup manusia dan pembangunan negara. Kejayaan sesebuah negara banyak bergantung sejauh mana masyarakatnya dapat menghargai masa.


Islam meletakkan masa itu di tempat yang tinggi sehingga Allah s.w.t. bersumpah dengan masa. FirmanNya yang bermaksud :

"Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-`Ashr (103)]

Ayat al Quran ini merupakan `perlembagaan' hidup orang-orang Islam. Di samping ayat ini Allah s.w.t juga bersumpah dengan nama-nama hari, waktu malam, siang, bulan bintang dan sebagainya bertujuan untuk menerangkan kepada manusia betapa bernilainya masa dan kesan peredaran masa.


Pepatah `masa itu emas' menunjukkan bahawa masa itu adalah usia. Cendekiawan Islam menyifatkan masa itu sebagai sesuatu yang hidup. Kehidupan tidak akan membawa erti melainkan masa digunakan untuk beramal semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir. Al Hassan Al Basri pernah juga berkata, Wahai anak Adam! Sesungguhnya kau hidup hanya beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi, hilanglah separuh dari umurmu!.


Setiap individu Muslim sewajarnya menyediakan perancangan masa harian sama ada ia berhubung dengan keduniaan ataupun akhirat. Rasulullah s.a.w. membahagikan masanya kepada empat yakni,

pertama; waktu untuk Baginda bermunajat (berzikir) kepada Allah s.w.t.,

kedua; waktu untuk Baginda bermuhasabah (menilai dan mengkaji diri),

ketiga; waktu untuk Baginda berfikir tentang makhluk ciptaan Allah dan

keempat; waktu untuk Baginda menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari rezeki.


Walau bagaimanapun, pendekatan masa dalam Islam tidaklah begitu rigid. Masa juga perlu diperuntukan untuk bersuka-suka, menghiburkan jiwa dengan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh syarak. Sayyidina Ali r.a. ada berkata :

"Berilah kerehatan kepada hati beberapa ketika. Maka sesungguhnya hati jika dipaksa dia akan menjadi buta!"


Umat Islam yang menumpukan masanya seharian sehingga kelihatan letih lesu adalah dilarang sekalipun membuat kerja-kerja ibadah seperti berpuasa tanpa berbuka, berjaga sepanjang malam untuk beribadat dan sebagainya. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. pernah menasihati para sahabat yang terlalu asyik mengerjakan sembahyang sunat di belakangnya di waktu malam :

"Ambillah amal ibadat sekadar kemampuan kamu. Maka sesungguhnya Allah tidak akan jemu hingga pun kamu merasai jemu. Dan sesungguhnya amal ibadat yang paling Allah sukai ialah amal ibadat yang berterusan, biarpun amal itu sedikit."


Generasi para sahabat sentiasa bekerja demi mempertingkatkan lagi prestasi hidup mereka dari masa ke semasa. Bagi mereka hari ini lebih baik dari semalam, hari besok mestilah lebih baik dari hari ini.


Kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara maju dan kuasa-kuasa besar sepatutnya menjadi panduan kepada kita tentang bagaimana mereka memonopoli setiap detik masa sehingga berjaya menghasilkan teknologi yang canggih sama ada di angkasa, lautan mahupun daratan. Sedangkan kita terus leka dengan pergerakan masa.


Generasi pendokong Wawasan 2020 perlu sedar akan hakikat ini. Adalah menjadi tugas setiap individu Muslim menjaga masanya supaya dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata :

"Sesungguhnya pertukaran malam dan siang yadalah untuk kamu. Oleh itu, bekerjalah di waktu malam dan siang"


Perbuatan membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia atau menyalahi ajaran Allah amatlah dikutuk oleh Allah s.w.t. iaitu seperti membuat maksiat sehingga melupakan perintah Allah s.w.t. Golongan ini menurut Rasulullah s.a.w. akan di soal di hadapan Allah di akhirat. Baginda sering menegur sikap para sahabat yang bersembang dan berbual-bual kosong di tepi jalan. Pepatah Arab ada mengatakan masa itu sebagai sebilah pedang, jika kamu tidak menggunakannya, maka ia akan menjadi senjata makan tuan.


Kalau kita merujuk kepada sejarah peradaban Melayu Islam, isu penjagaan masa sebenarnya telah lama bertapak di kalangan masyarakat Melayu Islam di negara kita. Sejak dari kecil lagi masyarakat kita telah dilatih untuk menjaga masa melalui launagan azan lima kali sehari bermula dari sebelum menyinsingnya fajar hinggalah fajar tenggelam di ufuk timur. Laungan azan sebanyak lima kali sehari menandakan telah masuk waktu solat telah menjadi amalan masyarakat kita. Di seluruh negara, kita menyahutnya dengan mengerjakan solat secara beramai-ramai (berjamaah). Ini menunjukkan masyarakat Melayu Islam telah lama dididik untuk menghargai masa. Pada setiap hari Jumaat semua lelaki Islam akan berkumpul di masjid-masjid meninggalkan kerja-kerja seharian kerana menyahut seruan masa untuk berjumaat.


Satu contoh lain yang ketara ialah dalam ibadat puasa. Dalam masa sebulan di bulan ramadhan, setiap orang Islam termasuk kanak-kanak mengetahui benar pentingnya masa untuk dipatuhi bermula dari sebelum terbitnya fajar sehinggalah fajar terbenam. Setiap keluarga Islam tidak akan berbuka sehinggalah laungan azan maghrib dibunyikan. Mereka juga dilatih bangun bersahur selama sebulan dalam waktu-waktu yang dibenarkan semata-mata kerana Islam sangat menghargai masa. Banyak lagi contoh-contoh lain yang saya kira tidak dapat dibincangkan dalam artikel ringkas ini.


Akhirnya, adalah diharapkan agar perbincangan mengenai masa di atas dapat diambil kira. Semoga dengan lahirnya masyarakat yang dapat memaksima penggunaan masa untuk urusan seharian dan juga untuk akhirat, matlamat negara maju yang menjadi harapan Y.A.B. Perdana Menteri dalam Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan. Semuanya memerlukan kepada kesedaran dan usaha yang gigih.

Sunday, 24 April 2011

Maksiat pembazir masa efektif

Orang yang bijak sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dan menyingkirkan sifat-sifat yang tidak baik di dalam dirinya. Al-Qur’an dan Sunnah dijadikan panduan oleh orang Islam dalam menentukan sesuatu perbuatan atau lisan itu baik dan tidak. Allah ada menyatakan di dalam surah al-Mukminun ayat 3 yang bermaksud, “(Di antara sifat orang mukmin yang berjaya) adalah mereka berpaling dari melakukan perbuatan yang sia-sia.
Dr. Danial Zainal Abidin melalui bukunya, Tip-tip Cemerlang daripada Quran menyatakan, bahawa di dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, “(Perkara yang sia-sia) mengikut pandangan sesetengah ulama ialah perkara yang batil termasuk perbuatan yang berunsurkan syirik. Sebahagian yang lain berpendapat ia adalah perkara-perkara maksiat dan segala perbuatan yang tidak mendatangkan faedah sama ada yang berkaitan dengan percakapan atau tingkah-laku.”

Seorang Muslim yang baik sentiasa berada dalam keadaan yang sedar akan setiap perkara yang dilakukannya, samaada ia mendatangkan kebaikan ataupun keburukan. Imam Tirmizi dan Ibn Majah menceritakan kata-kata nabi yang bermaksud, “Antara tanda kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.”
Melakukan maksiat menggelapkan hati dan sekiranya dilakukan secara berterusan, amat sukar untuk ditinggalkan. Namun begitu, niat yang teguh, usaha dan doa yang berterusan mampu menguatkan seseorang untuk meninggalkan maksiat yang telah lama diamalkan.
Riwayat menceritakan Imam Syafi’i mengadu sukar menghafal ilmu. Maka gurunya, Imam Waki’ menasihati beliau untul meninggalkan kemaksiatan kerana katanya, “Ilmu itu adalah cahaya Allah. Dan cahaya Allah tidak akan menyinari hati orang yang berbuat maksiat”. Setelah meninggalkan maksiat, tingkat kefahaman dan hafalan Imam Shafi’i terpancar secara luar biasa. Beliau dapat mengingati hampir keseluruhan huruf pada buku yang dibaca atau seluruh perkataan pada ceramah yang didengarinya.
Jauhkan diri dari maksiat untuk mendapat ketenangan hati dan kemudahan mendapat ilmu.

Sunday, 17 April 2011

MASA ITU EMAS

Ramai ahli WC kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, latar belakang pekerjaan dan pengalaman yang berbeza, minat dan hobi yang berbeza, juga cita-cita dan impian yang juga tak sama dengan orang lain. Namun matlamat hidup tentu hampir sama iaitu untuk berjaya dalam hidup, dengan memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan memperolehi kekayaan harta di dunia dan akhirat.

Jadi saya suka nak buka thread ini sekadar untuk melihat komen atau pandangan anda semua, tentang bagaimana cara-cara anda menguruskan masa anda seharian ?. Kita bincangkan dari semua segi terutama urusan harian anda, perniagaan anda, temujanji anda, waktu rehat, aktiviti riadah atau apa juga yang berkaitan. Jika anda seorang pelajar, bagaimana cara anda bahagikan masa dengan pelajaran dan juga business internet anda ?. Begitu juga yang bekerja di pejabat, apakah anda mempunyai jadual ketat yang patut anda patuhi seperti peruntukkan masa sejam di sebelah pagi sebelum ke pejabat atau beberapa jam di hujung minggu ?. Bagi surirumah pula bagaimana ?.. ehem tu nanti saya kongsi kay. Bagi 'househusband' pula tentu lebih hebat sebab anda adalah seorang ketua keluarga tapi kini bekerja dari rumah!. Sudah tentu masing-masing mempunyai pandangan berbeza dan mungkin boleh menjadi panduan kepada yang lain. Atau mungkinkah anda ada model2 tertentu.. siapa tahu kan ?

Saturday, 16 April 2011

masa rehat


Bila banyak sangat perkara yang di fikirkan otak pun leh jadi tepu. nak fikir tentang masa depan tetang duit tentang kerja tentang keluarga tentang diri sendiri. macam macam hal. bila dah terlalu banyak, mula hilang fokus dan jadi tak betul.
kalau dulu macam macam yang aku fikir. nak jaga hati lagi nak jaga diri lagi nak ingatkan itu ini. pening dan berat sangat rasa. tapi itu dulu. sebelum aku kini. sebab sekarang aku rasa lapang. tiada yang berat yang perlu aku fikir.tenang.
ye sekarang masa untuk aku berehat. merehatkan otak aku dari pikul beban. hari minggu cam ni duk golek golek atas tilam sambil ngadap blog yang entah ape ape nie. dah lame rasanye aku tak berehat macam ni, kalau dulu ade je mende yang aku kene buat. memang tak cukup rehat.
sekarang aku tak perlu fikir ape lagi. hanya aku dan diri aku je. itu lebih baik. aku nk buat ape pun boleh. aku nak duduk diam je pun boleh. yang penting aku happy kan?
ape ape pun hargailah masa senang yang ada kini. sebab bila dah hilang masa tu tak kan berputar balik.